Watch videos with subtitles in your language, upload your videos, create your own subtitles! Click here to learn more on "how to Dotsub"

refleksi updated

0 (0 Likes / 0 Dislikes)
Dalam proses menyiapkan video ini, saya mendapati bahawa ia adalah lebih sukar untuk melakukan situasi yang negatif berbanding positif Hal ini menunjukkan batas etnik dalam kalangan kami yang nipis Pada pandangan saya, sifat perkauman tidak seharusnya wujud lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kita telah hidup dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama sejak dahulu lagi Assalamualaikum dan selamat sejahtera nama saya Siti Sarah Azhar dan saya rasa bahawa sifat perkauman boleh berlaku dalam aktiviti harian tanpa kita sedari seperti apabila kita mencari tempat makan mengikut kaum sendiri atau bergaul mengikut kaum kita sendiri. Saya rasa menerusi video ini kami telah pun dalam cara yang kecil memberi kesedaran tentang isu ini yang menghalang perpaduan kaum. Salam sejahtera, nama saya Arvin, melalui video Etnik ini saya telah mempelajari beberapa perkara. Perkara yang amat penting yang saya telah pelajari ialah sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah memahami dan menghormati antara satu sama lain supaya kita dapat mengelakkan permasalahan konflik antara kaum. Dengan berbuat demikian rusuhan kaum tidak akan berlaku di negara kita. Saya Nor Syifaa binti Shafai berdasarkan tugasan video ini pengajaran yang saya dapat ialah kita sebagai rakyat Malaysia haruslah hidup bersatu-padu tanpa sebarang prejudis mahupun negativity isu-isu seperti sensitiviti keagamaan dan sensitiviti kaum tidak harus wujud kerana isu-isu ini mampu menggugat perpaduan yang telah berkembang dalam kalangan rakyat Malaysia Apa yang saya lihat dari video ini ialah seperti yang kita dalam video ini situasi dimana perkara ini berlaku dalam kehidupan seharian kita dan mungkin perkara ini rasa pelik tetapi tidak mustahil masih berlaku dalam kehidupan seharian kita kerana mungkin kita tidak peka terhadap isu ini tetapi kita haruslah belajar untuk hidup bersama dengan harmoni kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri darpada pelbagai bangsa dan agama Dalam menjayakan video ini, kami telah menggunakan perbincangan dan mengatasi masalah yang dihadapi walaupun kami terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa tetapi kami masih bekerja dengan gembiranya tanpa ada sebarang persengketaan antara kaum saya amat bersyukur kerana dapat bekerja dengan kumpulan ini Pengajaran yang saya dapat daripada video ini ialah dalam proses membuatnya, merakamnya dan menjayakannya, kami telah bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memastikan kelancaran video ini dan tanpa mengira kaum ataupun bangsa Sepanjang proses video ini dijalankan untuk tugasan Hubungan Etnik ini banyak perkara yang saya belajar bukan sahaja daripada kandungan video tetapi sepanjang proses ini dijalankan Antaranya,kita sebagai pelajar dan sebagai komuniti masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira agama dan kaum agar keharmonian kita dapat dicapai. Saya Nur Nabilah Afiqah binti Mohammad Foad, berdasarkan video yang telah dibuat, pengajaran yang diperoleh adalah kita hendaklah mengurangkan sensitivi kaum dan agama dalam diri dengan sentiasa hidup bersatu padu tanpa mengira agama, kaum dan bangsa agar keharmonian dan keamanan negara kita dapat dikekalkan Assalamualaikum dan selamat sejahtera, nama saya Farrhan dan buat projek video Etnik kali ini, kami telah buat lakonan untuk menggambarkan beberapa contoh peristiwa atau situasi yang mungkin masih berlaku di Malaysia yang melibatkan perkauman. Dan dalam menjayakan lakonan itu, apa yang saya dapat adalah kesepaduan dan toleransi itu sangatlah penting untuk mengelakkan persengketaan dan tanpa kedua-duanya, kita tidak dapat memahami antara satu sama lain lantaran kita tidak dapat mencapai keharmonian dalam satu masyarakat.

Video Details

Duration: 4 minutes and 17 seconds
Country:
Language: English
License: Dotsub - Standard License
Genre: None
Views: 5
Posted by: irfanhelmy on Dec 4, 2017

HE 2017

Caption and Translate

    Sign In/Register for Dotsub to translate this video.