ho an qi
0 (0 Likes / 0 Dislikes)
Nama saya ialah Ho An Qi.
Unsur seterusnya yang kita dapati dalam filem Embun ialah
pemodenan teknologi.
Antaranya termasuklah senjata-senjata yang digunakan oleh pihak
Melayu serta pihak Jepun semasa
kedua-dua pihak ini berperang. Mesin cetak
juga telah digunakan untuk mencetak maklumat mengenai Force136
supaya dapat disebarkan dengan berkesan.
Inilah antara perjuangan Embun yang ingin
menyakinkan pihak Jepun dan menaruh harapan agar abangnya Bayu dibebaskan.
Seterusnya, saya hendak membincangkan tentang salah
satu faktor kelahiran tamadun,
iaitu, mewujudkan organisasi untuk kemajuan
Organisasi-organisasi yang ditubuhkan untuk
menentang penjajahan menonjolkan kebijaksanaan
dan keupayaan dalam pengendalian.
Bayu menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda(KMM)
di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Mereka berpendapat bahawa kedatangan Jepun
dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan orang Melayu
dari cengkaman penjajah Inggeris
kerana mempercayai slogan Jepun.
Sebagai ahli KMM dan orang melayu,
Bayu tetap tidak membongkar rahsia KMM
walaupun pihak Jepun memukulnya dengan kejam.
Bagi saya, saya menyukai filem ini kerana
filem ini memang dapat menanam benih patriostisme dalam diri kita.