Watch videos with subtitles in your language, upload your videos, create your own subtitles! Click here to learn more on "how to Dotsub"

Final Version V2

0 (0 Likes / 0 Dislikes)
Hi, Jia Wen. Hi, Aminah. Di manakah Selvi? Tak tahu, saya tidak nampaknya. Hi, Jia Wen, Aminah. Selvi. Cepatlah. Hari ini kami nak main apa? Bola? Saya tidak membawa bola, main yang lainlah. Um.. Macam mana dengan Pepsi-cola? Itu cadangan yang baik. Semalam sini baru hujan, padang sangat licin kami mestilah berhati-hati. Pastilah kami akan berhati-hati. Okei. Selvi, berhati-hati ya, padang licin dan berlubang. Tahulah, Aminah ini memang bercukup panjang. Selvi, janganlah terjatuh baru berasa sakit. Marilah kami pergi sana. Okei. Marilah. AHHHH!!! Aduh, sakitnya! Selvi, kamu berdarah! Aduh, sakitnya! Ada apa-apa tak, Selvi? Sangat sakit tak? Sangat sakit. Apa yang telah berlaku? Mak.. Auntie Sree, kami pun tidak tahu apa yang terjadi dengan Selvi. Auntie See, bukan kami yang menolak Selvi. Dia terjatuh sendiri. Apakah yang kamu berdua cakap ini? Kamu bertiga bermain bersama, haruslah menjaga keselamatan masing-masing. Sekarang ini Selvi tercedera tetapi perbuatan siapa kalau bukan kamu berdua? Ibu bapa awak mengajar kamu berbohong kah? Memanglah kami yang menolak. Sudahlah, jangan cakap apa-apa lagi. Kamu berdua balik ke rumah sekarang. Saya hendak membawa Selvi ke hospital. Mak, tangan saya tidak boleh bergerak. Berhati-hati ya. Ayah, saya sudah balik. Sudah balik? Kenapa muka muram sangat? Tadi Selvi terjatuh apabila kami sedang bermain. Aduh, adakah kamu tercedera? Tidak. Hanya Selvi yang terjatuh. Tangan dan sikunya terluka. Alamak! Adakah keadaannya serius? Saya telah pun menyuruh kamu jangan bertengkar atau bergaduh. Bukanlah kami yang menolaknya, kami telah menasihatinya tetapi dia enggan dengar. Selepas itu, Auntie Sree keluar dari rumah lalu berlari tergesa-gesa ke padang. Dia memarahi Aminah dan saya dan menyalahkan kami yang menolak Selvi. Jangan sedih, ayah percaya akan Jia Wen. Jom, marilah kami pergi ke hospital untuk melawat Selvi dan menjelaskan kejadian itu kepada Auntie Sree. Emak, saya dah balik. Saya dan Jia Wen dimarahi oleh Mak Sree. Apa yang telah terjadi? Kenapa balik awal dan muka muram sangat? Mak Sree menyangka kami berdua yang menolak Selvi terjatuh. Apa yang telah terjadi? Adakah Aminah terjatuh? Adakah Aminah mengalami apa-apa kecederaan? Saya tidak tercerdera, emak. Selvi yang terjatuh. Lututnya berdarah dan sikunya tidak boleh bergerak. Kamu bertiga bergaduh? Kenapa dimarah? Memanglah bukan kami yang menolak, emak. Oleh sebab hujan lebat semalam, licinlah lantai. Kami pun menasihati Selvi supaya berwaspada tetapi dia tidak mahu dengar. Jadilah dia terjatuh. Kalau begitu, kenapa tidak menjelaskan kepada Mak Sree? Mak Sree tidak akan memarahi kamu berdua sekiranya kamu menjelaskan dengan baik. Kami telah memberitahu Mak Sree tetapi dia menyangka kami yang menolak Selvi. Dia menuduh kami yang berbohong. Aduh, mana Mak Sree dan Selvi sekarang? Sebentar tadi Mak Sree hendak menghantar Selvi ke hospital. Jom, kami pergi ke hospital sekarang. Kami patutlah melawat Selvi dan memberikan penjelasan kepada Mak Sree. Ya, emak. Marilah kita pergi. Selamat petang, Mak Nor. Selamat petang, Encik Tan. Adakah kamu dengar tentang apa yang terjadi dengan Selvi? Ya, Jia Wen baru memberitahu saya dan sekarang kami ingin melawat Selvi di hospital. Saya juga berniat yang sama. Bolehkah saya tumpang kereta kamu? Boleh, jom. Masuk. Adakah puan ibu Selvi? Selamat petang, doktor. Ya, saya ibu Selvi. Bagaimanakah dengan anak saya? Adakah keadaannya serius? Bertenang, kak. Kami telah memeriksa dan membersihkan luka Selvi. Selvi hanya bercedera ringan. Jangan risau. Kami telah membalut lukanya supaya tidak dijangkit virus. Betulkah, doktor? Memang terima kasih, doktor. Nasib baik keadaannya tidak serius sangat. Jangan risau, kak. Selvi hanya perlu berada semalaman di hospital untuk pemeriksaan biasa. Kalau keadaannya mengizinkan, dia boleh balik ke rumah pada hari esok. Okei, doktor. Terima kasih doktor. Sama-sama. Terima kasih, doktor. Sama-sama. Emak. Bagaimanakah keadaan awak? Adakah berasa tidak selesa? Masih berasa sedikit sakit. Kalau macam itu, berehat dahulu. Selamat petang. Minta maaf kerana mengacau, Puan Sree. Selvi, bagaimanakah dengan keadaan awak? Saya berasa lebih baik. Terima kasih, Encik Tan. Selvi, berehat baik-baik ya. Semoga kamu boleh sembuh secepat mungkin ya. Terima kasih, Mak Nor. Aduh, kamu berdua sudah datang. Saya hendak memberitahu bahawa anak-anak kamu yang menyebabkan Selvi tercedera. Lihatlah apa yang telah berlaku? Lututnya berdarah, sikunya pun terluka! Puan Sree, dengarlah penjelasan kami. Bukanlah anak-anak kami yang menolak. Eh, Mak Nor. Bukankah kami mengajar anak-anak kami supaya berjujur dan jangan berbohong? Kalau bersalah, mestilah mengaku! Kenapa begini? Maafkan saya, Puan Sree. Kenapa kamu tidak percaya akan kami? Kenapa kamu ini asyik bercakap bahawa anak-anak kami yang menolak Selvi? Kamu terampak mereka yang menolak Selvikah? Aduh, Encik Tan. Apakah maksud kamu ini? Sekarang sayalah yang silap menyalahkan anak kamu? Orang Cina dan Melayu memang begitulah. Tidak sanggup mengaku dan tidak bertanggungjawab! Sekarang anak saya yang tercedera, memanglah kamu berdua tidak berasa apa-apa pun. Puan Sree, kenapa bercakap macam itu? Kami berdua datang kerana mengambil berat terhadap Selvi dan untuk menjelaskan segala perkara. Apa yang kamu berkata memanglah tidak masuk akal. Yalah, Puan Sree. Kami datang untuk bercakap dengan baik-baik. Janganlah naik angin. Apa?! Saya yang tidak bermunasabah? Anak saya yang tercedera pastilah saya risau, tetapi kamu dua orang ini datang bukanlah nak meminta maaf lagi katalah saya yang bersalah! Puan Sree, kami tidak bermaksud begitu. Sudahlah, kamu berdua jangan bercakap lagi. Tiada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi. Sekarang saya memberi amaran kepada kamu berdua, saya tidak akan membenarkan anak saya bergaul dengan anak-anak kamu lagi. Memanglah betul kata orang lain, kamu orang Cina dan Melayu memang suka membuli kami orang India. Apakah maksud awak ini? Perkataan kamu langsung tidak masuk akal! Kami berdua datang dengan niat yang baik tetapi dimarah. Orang India ini susahlah untuk berhubung. Tengok, orang ini memang berprasangka dengan kami orang India, betulkan? Kamu berdua keluar dari bilik ini sekarang! . Jangan datang lagi! Saya tidak mahu bercampur dengan orang sebegini Malanglah saya bertemu dengan orang sebegini. Kamu bersangka kami suka bercampur dengan kamu? Encik Tan, marilah kami balik. Janganlah bergaul dengan orang ini lagi. Aminah, Jia Wen, marilah kami balik. Tengoklah orang yang bersifat buruk ini. Selvi. Selvi. Selvi! Selvi! Hi, Selvi. Hi, Aminah. Jia Wen. Kenapa awak berdua di sini? Kami ingin melawat awak kerana risau akan keadaan awak. Oh. Terima kasih. Saya telah pulih dan boleh bersekolah pada hari esok. Bagusnya! Kami tidak dapat berjumpa selama tiga hari. Kami sangat rindu akan awak. Saya juga. Saya tidak bersekolah selama tiga hari. Saya berasa sangat bosan. Apakah yang kamu bertiga buat di depan rumah? Auntie Sree. Auntie Sree, kami datang melawat Selvi kerana risau akan keadaan dia. Selvi, saya telah memberi amaran bahawa jangan bergaul dengan mereka. Kenapa tidak mendengar nasihat saya? Auntie Sree, bolehkah kami mengajak Selvi bermain lain kali? Pastilah tidak boleh! Kenapa tidak boleh? Bagaimanakah kamu berdua mencederakan Selvi lagi? Auntie Sree, bukan kami yang... Sudahlah, jangan cakap apa-apa lagi. Tidak boleh! Kamu berdua boleh balik ke rumah sekarang. Selvi, awak juga masuk ke dalam rumah. Mana satu rumah yang patut saya masuki? Inilah rumah yang tiada orang. Senanglah bagi saya. Encik Tan. Selamat petang. Nampak orang itu tak? Orang itu macam curiga. Ya, pergerakan dia agak mencurigakan. Betul atau tidak? Janganlah silap tengok. Saya berasa lebih baik kami melapor kepada polis. Baiklah, saya menelefon polis dengan segera. Hello, saya Mak Nor. Rumah jiran saya dimasuki seorang pencuri. Bolehkah anda datang dengan segera? Ya, rumah saya nombor 10, Jalan Bayan Baru. Ya, bilakah anda boleh sampai? Okei, lima minit. Terima kasih. Encik Tan, saya telah melapor polis. Mereka akan datang sekejap lagi. Apakah yang boleh kami buat sekarang? Awak boleh merakam video tentang pencuri itu. Tiada masalah. Saya akan menunggu polis di persimpangan jalan kawasan rumah kami. Tiada masalah. Sini, sini! Saya yang menelefon polis. Adakah awak Mak Nor? Ya, saya Mak Nor. Rumah itu dicerobohi. Marilah ikut saya. Inilah rumah yang dicerobohi? Ya, rumah itulah. Cepatlah tangkap pencuri itu. Saya akan masuk rumah itu, kamu semua berada di sini. Encik dan puan sila menerangkan kejadian kepada rakan sekerja saya. Encik dan puan sila menjelaskan kejadian tersebut. Jangan bergerak, saya polis. Terima kasih, encik dan puan. Terima kasih atas kerjasama anda. Kami hendak balik ke balai polis untuk merekod laporan dan kejadian kes ini. Adakah apa-apa lagi yang perlu ditambah? Oh, klip ini ialah rakaman kejadian tersebut. Terima kasih. Terima kasih. Sama-sama. Emak, ramainya orang. Tunggu dalam kereta. Apa yang telah berlaku? Apa yang telah berlaku? Awak pemilik rumah ini? Ya, ini rumah saya. Apa yang telah berlaku? Nasib baik encik dan puan ini yang melaporkan polis, jadilah kami sempat datang dan berjaya menangkap pencuri ini. Betulkah? Memanglah puan, kami dapat berjaya menangkap pencuri ini atas kerjasama encik dan puan ini. Kamu haruslah bersyukur atas pertolongan mereka. Puan memang bernasib baik kerana mempunyai jiran yang begitu baik. Oleh itu, barangan benilai tidak kehilangan. Kalau tiada apa-apa masalah lagi, kami memohon diri untuk balik ke balai polis.. Baiklah, terima kasih. Er... Kalau tidak ada apa-apa lagi, marilah kami balik ke rumah. Ey. Ada apa hal lagi, Puan Sree? Bukanlah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu berdua. Barangan bernilai saya akan kehilangan tanpa bantuan kamu. Sama-sama. Kami semua berjiran, mestilah saling menolong. Ya, kami juga tidak berharap jiran-jiran kami ditimpa sebarang kemalangan. Saya memang bersyukur kerana kamu berdua. Sama-sama. Sekarang saya hendak balik ke rumah untuk masak malam. Kenapa? Kenapa? Er.... Saya... Saya... Kenapa? Puan Sree tidak selesa? Bukanlah. Saya ingin meminta maaf kepada kamu berdua. Kenapa tiba-tiba meminta maaf? Yalah, apa yang terjadi? Saya ingin meminta maaf atas kejadian Selvi pada hari itu. Memanglah saya yang silap menyalahkan anak-anak kamu. Mereka datang untuk melawat Selvi pada hari itu tetapi saya menghalau mereka berdua. Oh, tentang perkara itu. Selepas mereka balik ke rumah, Selvi baru memberitahu saya tentang kejadian hari itu. Emak. Kenapa? Emak, memang bukanlah Jia Wen dan Aminah yang menolak saya. Kalau bukan mereka yang menolak, kenapa awak tercedera? Saya terjatuh sendiri. Mereka telah menasihati saya tetapi saya enggan dengar. Saya tidak berjaga-jaga barulah terjatuh. Aduh, kenapa tidak memberitahu saya hari itu? Saya takut. Luka saya teralu sakit hari itu. Aduh, memanglah saya yang silap menyalahkan mereka. Saya patutlah meminta maaf kepada mereka. Memanglah saya yang silap menyalahkan mereka. Saya yang bersalah, minta maaf. Saya berharap kamu berdua boleh memaafkan saya. Tentang peristiwa tersebut, kami berdua sudah tidak marah lagi. Kami juga memahami kerisauan anda pada Selvi yang terluka. Sesiapa pun akan berasa cemas pada ketika itu. Yalah, kami bukan orang yang berkecil hati. Kami tidak akan menyimpan peristiwa itu dalam hati. Terima kasih kerana tidak menyimpan dalam hati. Perbuatan saya pada hari itu memang tidak patut. Saya bukanlah malang, tetapi bernasib baik dapat bertemu dengan orang baik sebegini. Sebenarnya kami semua orang baik. Asalkan kami saling memahami, kehidupan kami pasti harmoni. Saya bersetuju. Bukanlah setakat harmoni, rakyat negara kita juga dapat mencapai perpaduan. Yalah, sebab kita Satu Malaysia!

Video Details

Duration: 17 minutes and 59 seconds
Country:
Language: English
License: Dotsub - Standard License
Genre: None
Views: 1
Posted by: chiawei on Oct 9, 2017

Caption and Translate

    Sign In/Register for Dotsub to translate this video.