Watch videos with subtitles in your language, upload your videos, create your own subtitles! Click here to learn more on "how to Dotsub"

Breast Exam-1

0 (0 Likes / 0 Dislikes)
Mulakan dengan berdiri di depan cermin dengan lengan di samping tubuh. Perhatikan payudara dari sisi kiri ke kanan dan sebaliknya jika terdapat sebarang perubahan saiz dan bentuk. Letakkan buku lima di atas pinggang dan tekan ke bawah supaya otot dada menegang. Perhatikan payudara dari sisi kiri ke kanan dan sebaliknya jika terdapat sebarang perubahan Tautkan kedua-dua belah tangan di atas kepala anda dan tekan kedua-duanya supaya otot dada menegang. Perhatikan payudara dari sisi kiri ke kanan dan sebaliknya jika terdapat sebarang perubahan Kemudian baring di atas tilam atau lantai dengan bantal atau tuala untuk menyokong bahu kanan Letakkan tangan kanan di belakang kepala. Gunakan permukaan jari tengah lengan kiri untuk memeriksa payudara kanan Bayangkan payudara anda sebagai pusingan arah jam Mulakan pemeriksaan bermula daripada 'jam 12', satu inci di bawah tulang selangka. Periksalah payudara anda perlahan-lahan menurut arah jam, '12,1,2,3' dan seterusnya sehingga kembali ke 'jam 12' Tekan secara lingkaran kecil dimulakan dengan tekanan lembut, sederhana dan lebih dalam sebelum bergerak ke kawasan seterusnya. Pastikan pemeriksaan meliputi kesemua kawasan payudara. Daripada tulang selangka ke 'bra line'. 'Breast bone' ke ketiak. Kemudian periksa payudara anda se-inci ke dalam menuju ke puting. Ulang langkah sebelumnya sehinggalah ke puting. Periksa puting anda sekiranya ada lelehan dengan menekan lembut puting secara atas ke bawah dan kiri ke kanan atau sebaliknya. Ulang kaedah yang sama untuk pemeriksaan payudara kiri. Kaedah pemeriksaan yang sama juga boleh dilakukan ketika anda sedang mandi dan berdiri Angkat tangan kanan dan letak ke belakang kepala anda Letakkan sabun pada payudara atau jari anda untuk memudahkan pegerakan. Jika anda perasan terdapat abnormaliti pada payudara anda semasa pemeriksaan, segeralah berjumpa dengan doktor.

Video Details

Duration: 2 minutes and 20 seconds
Country:
Language: English
License: Dotsub - Standard License
Genre: None
Views: 77
Posted by: yonosinggarjumin on Aug 9, 2015

Breast Exam-1

Caption and Translate

    Sign In/Register for Dotsub above to caption this video.